Lokasi pembuangan sampah haram yang dibersihkan dalam gotong-royong perdana anjuran KDEB Waste Management. Foto Facebook KDEBWM
AGENSISELANGOR

KDEBWM bersih tapak pembuangan sampah haram di Sekinchan

SHAH ALAM, 29 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) menganjurkan gotong-royong perdana di sekitar kawasan Sungai Labu, Sekinchan semalam.

Menurut KDEBWM gotong royong itu turut disertai beberapa agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

“Gotong-royong ini bertujuan membersihkan lokasi tapak pembuangan sampah haram di kawasan persisiran pantai Sungai Labu.

“KDEBWM cawangan Sabak Bernam menyediakan tiga jentera lori ‘armroll’, manakala JPS dan MDSB menyediakan jentera jengkaut bagi membersihkan kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, KDEBWM mengingatkan orang ramai supaya membuang sampah di kawasan yang betul bagi mengelak berlakunya pencemaran alam sekitar.


Pengarang :