Pelajar mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam pada 2 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun

SHAH ALAM, 7 JUN: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini bermula jam 10 pagi, maklum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut kementerian, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing manakala slip keputusan bagi calon persendirian dihantar melalui pos pada tarikh sama.

Selain itu, calon turut boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui myresultspm.moe.gov.my antara 16 hingga 24 Jun dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

“Calon juga boleh mendapatkan rumusan keputusan melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 yang diaktifkan mulai 16 hingga 22 Jun dari 10 pagi hingga 6 petang,” kata kenyataan itu.

Peperiksaan SPM 2021 yang diadakan pada 2 hingga 29 Mac lalu membabitkan seramai 407,097 calon.


Pengarang :