Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman (kiri) pada 8 Jun 2022 melihat koleksi bahan yang dipamerkan di pameran perpustakaan sempena Istiadat Konvokesyen Unisel ke-15. Foto Facebook UNISEL
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Koleksi Unisel dalam pameran perpustakaan sempena konvokesyen ke-15

SHAH ALAM, 9 JUN: Universiti Selangor (Unisel) menyediakan pameran perpustakaan berskala besar sempena Istiadat Konvokesyen ke-15 bermula esok hingga Ahad ini.

Presiden dan naib canselornya berkata bahan pameran disajikan kepada pengunjung antaranya koleksi buletin, jubah, foto naib canselor dan album serta buku transformasi serta istiadat konvokesyen.

“Objektif pameran ini untuk menyampaikan maklumat berkaitan Unisel serta transformasi berlaku dari 2016 hingga kini kepada graduan, staf, pelajar dan orang awam yang hadir sebelum serta semasa istiadat,” kata Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Terdahulu, Mohammad Redzuan merasmikan pameran tersebut selain menyerahkan peralatan teknologi maklumat kepada Pusat Teknologi Informasi dan Komunikasi, Pusat Pembelajaran Digital dan Media serta pejabat Komunikasi Korporat.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri Prof Dr Md Sidin Ahmad Ishak serta Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.


Pengarang :