Pelajar mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam pada 2 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KPM arah elaun petugas pentaksiran, pemeriksa SPM dibayar mulai esok

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.

Radzi berkata beliau menerima makluman bahawa pembayaran elaun itu belum diterima oleh guru yang terlibat.

“Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

“Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :