Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Mikaza Drg Sdn Bhd (Mikaza) ditandatangani Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kuis, Dr Abdul Razif Zaini (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Mikaza, Azizan Johari (dua, kanan) dan Pengarah Projeknya, Thaniah Ahmad (kanan) di Kuis, Bangi pada 22 Jun 2022. Foto Kuis
AGENSISELANGOR

Kuis-Mikaza meterai perjanjian bangun sistem portal Iktisass

SHAH ALAM, 29 JUN: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Mikaza Drg Sdn Bhd (Mikaza) dalam usaha membangunkan sistem portal Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (Iktisass).

Kolej tersebut memaklumkan perjanjian dijayakan pada 22 Jun lalu bagi menyediakan anak muda kepakaran dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.

“Kuis telah diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Selangor dengan dana permulaan sebanyak RM200,000.

“Portal ini dibangunkan bagi kemudahan peserta yang mengikuti kursus disediakan untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya menerusi Facebook.

MoA itu ditandatangani Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kuis, Dr Abdul Razif Zaini manakala Mikaza diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Azizan Johari dan Pengarah Projek, Thaniah Ahmad.

Majlis tersebut turut melancarkan aplikasi Chatbot di laman sesawang Kuis bernilai RM150,000 sumbangan Mikaza bagi membantu menyalurkan maklumat dan berinteraksi bersama pengunjung terutamanya pelajar.


Pengarang :