Setiap kopi mempunyai nota rasa (kenal pasti rasa) unik mengikut ladang dan negara penghasil. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Lebih 20 vendor menanti kunjungan peminat kopi di Kajang hujung minggu ini

SHAH ALAM, 23 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menganjurkan program Lebuh Kopi Kajang bertempat di Jalan Sulaiman iaitu di tengah-tengah bandar Kajang pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut MPKj program dengan kerjasama Tempatan Fest Studio itu adalah bersempena dengan sambutan 25 Tahun Jubli Perak pihak berkuasa tempatan berkenaan.

“Kami bawakan hampir 30 pengusaha kopi dan pastri yang ada di sekitar Kajang terus ke program Lebuh Kopi Kajang khas buat anda.

“Dan lebih menarik, banyak aktiviti kesenian yang turut disediakan sempena sambutan Hari Belia menerusi program Kanvas Belia MPKj 2022.

“Apa lagi, jom cuba semua artisan coffee hasil dari air tangan anak-anak Kajang. Tak minum kopi tak apa, ada banyak lagi gerai jualan yang disediakan,” kongsi MPKj di Facebook.

Orang ramai yang berminat boleh ikuti Instagram @lebuhkopikajang untuk dapatkan senarai vendor kopi dan pastri yang berdaftar serta pelbagai maklumat lain.


Pengarang :