Pemain wanita Selangor FC ketika beraksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Liga Wanita Nasional 2022 di JSA Arena, Setia Alam pada 4 Jun 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Liga Wanita Nasional: Selangor FC benam ATM 6-0

SHAH ALAM, 4 JUN: Pasukan wanita Selangor FC membenam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-0 pada perlawanan Liga Wanita Nasional 2022 hari ini.

Menerusi hantaran Facebook, Selangor FC mengucapkan syabas atas kejayaan memberangsangkan pasukan itu walapun sudah dua tahun tidak beraksi.

“Selangor FC (6-0) ATM. Langkah kanan untuk perlawanan pertama, syabas skuad wanita Selangor FC!” katanya.

Semalam, penolong pengurus pasukan berkata skuad wanita itu memulakan aksi menentang ATM dalam Liga Wanita Nasional 2022 di JSA Arena, Setia Alam selepas dua tahun tidak beraksi.

Izzat Salihuddin berkata pasukan yang dibentuk hasil kerjasama Selangor FC da FA Selangor meneliti pencapaian dan perlawanan terdahulu bagi mencari kekuatan dan kelemahan dalam menambah baik pemain.

Tujuh pasukan mengambil bahagian termasuk Selangor FC dalam saingan ini. Selain perlawanan hari ini, aksi pada bulan ini turut melibatkan Selangor FC menentang First 11 (11 Jun, 8 pagi) dan Setiawangsa Sollo (18 Jun, 8 pagi).


Pengarang :