Aksi pemain wanita Selangor FC menentang Sollo Setiawangsa dalam saingan kumpulan zon tengah Liga Wanita Nasional 2022 di JSA Arena, Setia Alam pada 18 Jun 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDA SUKANKINI

Liga wanita: Selangor FC tewaskan Setiawangsa Sollo, kekal rekod tanpa kalah

SHAH ALAM, 18 JUN: Pasukan wanita Selangor FC mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan kumpulan zon tengah Liga Wanita Nasional 2022.

Dalam saingan yang berlangsung di JSA Arena, Setia Alam pagi tadi,  pasukan wanita Selangor FC berada dalam kelas tersendiri apabila membelasah Setiawangsa Sollo 10-0.

Sebelum ini, Selangor FC menewaskan ATM (6-0) dalam aksi pertama pada 4 Jun lalu, dikuti pasukan First 11 (2-1) pada 11 Jun.

Sebanyak enam pasukan bertanding dalam zon tengah iaitu Selangor FC, SSM Pahang, Kuala Lumpur FA (KLFA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), First 11 dan Setiawanga Sollo

Aksi pemain wanita Selangor FC menentang Sollo Setiawangsa dalam saingan kumpulan zon tengah Liga Wanita Nasional 2022 di JSA Arena, Setia Alam pada 18 Jun 2022. Foto Facebook Selangor FC

Pengarang :