Mais menggalakkan lebih ramai menggunakan kemudahan e-wasiat bagi memudahkan proses agihan harta pusaka jika seseorang individu meninggal dunia. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais anjur kempen kesedaran wasiat, pusaka hingga 30 Jun

SHAH ALAM, 2 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengadakan Kempen Kesedaran Wasiat dan Pusaka peringkat negeri bermula semalam sehingga 30 Jun ini, kata setiausahanya.

Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata kempen itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat Islam mengenai kepentingan membuat perancangan dan pembahagian harta pusaka.

“Selain itu, ia juga bagi mengelakkan salah faham dalam ilmu perancangan dan pembahagian harta pusaka selain mempromosi Sistem Wasiat dan Hibah (Siswa) kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Siswa yang dirasmikan Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Hotel Concorde semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata Mais akan menganjurkan beberapa lagi aktiviti antaranya bicara wasiat dan pusaka dalam memupuk kesedaran terhadap masyarakat.

“Kita juga mengadakan kuliah khas dan membuka kaunter pemasaran Baitulmal di masjid dan surau terpilih,” katanya.


Pengarang :