Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) disertai Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar (kanan) dan Pengarah Baitulmal Mais Indera Shahril Mohd Shahid (kiri) bersama laman sesawang Sistem Wasiat dan Hibah (Siswa) yang dilancarkan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 1 Jun 2022. Foto MAIS
AGENSISELANGOR

Mais lancar sistem wasiat, hibah permudah pengurusan harta dalam talian

SHAH ALAM, 1 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melancarkan Sistem Wasiat dan Hibah (Siswa) bagi melancarkan pengurusan harta pusaka dengan mudah dan pantas.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sistem tersebut dinaik taraf daripada e-wasiat dengan menggabungkan dua elemen iaitu wasiat dan hibah.

“Menerusi sistem ini, pewasiat perlu mengisi borang disediakan dengan mengisi maklumat-maklumat harta dan pembahagian. Mais akan menilai dan menentukannya supaya pembahagian sama rata.

“Saya menyeru kepada masyarakat Islam untuk segera melaksanakan wasiat dan hibah demi kepentingan hidup waris pada masa akan datang dan mengelak pertelingkahan,” katanya selepas majlis pelancaran sistem Siswa di Hotel Concorde di sini hari ini.

Turut berlangsung majlis minum petang bersama pengamal media sebagai penghargaan dan kerjasama dalam membuat liputan.

Tambah beliau, permohonan dan kelulusan akan diuruskan sepenuhnya secara dalam talian dengan menawarkan penggunaan Electronic Know Your Customer (EKYC) yang diiktiraf Bank Negara Malaysia.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://siswa.mais.gov.my atau menghubungi talian 03-5514 3773/3772.


Pengarang :