Usahawan Hijrah Muhammad Rahmad Misnan, 33, dan isteri Elly Yanti Anasrudin, 36, (kiri) menjual Kopi Cedok di Taman Sri Gombak, Gombak pada 31 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 2,299 usahawan dibantu kembang niaga, babit dana hampir RM1 juta

SHAH ALAM, 23 JUN: Seramai 2,299 usahawan di negeri ini dibantu mengembangkan perniagaan menerusi skim pembiayaan i-Bisnes setakat April lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan kesemua usahawan ini menerima bantuan menerusi Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) membabitkan dana berjumlah RM965,000.

“Kerajaan Negeri membantu individu mengembangkan perniagaan dengan tawaran pembiayaan modal tambahan sehingga RM50,000 menerusi skim i-Bisnes.

“Skim pembiayaan ini boleh dimohon menerusi Hijrah Selangor. Seramai 2,299 usahawan telah mengembangkan perniagaan mereka dengan skim ini,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi skim i-Bisnes, Hijrah Selangor menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan skim i-Bisnes ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dan mereka berminat boleh melayari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut.

Mereka juga boleh membuat permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login.


Pengarang :