Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa, Klang yang tersenarai sebagai salah satu 10 calon terbaik kategori ‘Menangani Cabaran’ Anugerah Sekolah Terbaik Dunia. Foto Facebook SMK Kampong Jawa
AGENDAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Doakan kejayaan Sekolah Kampong Jawa, Klang dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

SHAH ALAM, 10 JUN: Dato’ Menteri Besar meminta orang ramai memberikan sokongan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang yang tercalon dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semangat yang ditunjukkan pelajar dan guru sekolah berkenaan berjaya mengagumkan juri hingga tersenarai sebagai salah satu 10 calon terbaik kategori ‘Menangani Cabaran’

“Semangat tekad pendidikan dan pembelajaran pelajar dan guru SMK Kampong Jawa di Klang telah mengagumi pihak juri Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

“Ayuh kita berikan sokongan kepada SMK Kampong Jaya dan berdoa agar mereka berjaya mengecapi kejayaan,” katanya di Facebook.

T4 Education dalam kenyataan semalam memaklumkan anugerah yang dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai ASD250,000.

Menurut kenyataan itu tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia, 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima ASD50,000.


Pengarang :