AGENDANASIONAL

MB ucap selamat sempena ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri Selangor

SHAH ALAM, 4 JUN: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan tahniah dan selamat hari lahir kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-51 hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter turut mendoakan agar Tengku Permaisuri Norashikin dipanjangkan umur dan memperoleh kebaikan.

“Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

“Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dengan penuh rahmat dan kebaikan. Daulat Tuanku!,” tulisnya.

Baginda dilahirkan pada 4 Jun 1971 dan melangsungkan perkahwinan bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang.


Pengarang :