Pemain Harimau Malaya meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Bangladesh pada Perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ucap tahniah skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023

SHAH ALAM,15 JUN: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang layak secara merit ke saingan Piala Asia 2023 selepas menundukkan Bangladesh 4-1 semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut melahirkan rasa syukur dengan kejayaan diraih anak didik Kim Pan Gon itu.

“Alhamdulillah, skuad Harimau Malaya berjaya menempah slot ke Piala Asia 2023! Kali terakhir kita berjaya melakukannya secara merit ketika edisi 1980.

“Tahniah pasukan bola sepak Malaysia dan tidak lupa para penyokong yang setia mengumandangkan sorakan semangat!,” katanya menerusi Facebook.

Beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi, Malaysia mencatatkan sejarah baharu dengan menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit menundukkan Bangladesh 4-1.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980. Skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.


Pengarang :