Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Sharipah Marhaini Syed Ali (dua, kanan) merasmikan majlis Hari Terbuka @ PJ Eco Recycling Plaza sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 dan ulang tahun ke-16 Bandaraya Petaling Jaya di PJ Eco Recycling Plaza, Petaling Jaya pada 9 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBPJ anjur Hari Terbuka sehingga 19 Jun, sedia pelbagai aktiviti menarik

PETALING JAYA, 9 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Hari Terbuka sempena Sambutan Alam Sekitar 2022 peringkat Petaling Jaya di Galeria PJ Eco Recycling Plaza mulai hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya Sharipah Marhaini Syed Ali berkata penganjuran program sehingga 19 Jun itu merupakan salah satu acara sempena Ulang Tahun ke-16 MBPJ.

“Penganjuran program ini adalah dalam usaha ke arah menjadi bandar mampan dan memerlukan kerjasama strategik untuk gerakkan agenda tersebut serta memastikan tiada bahan terbuang dan dibazirkan khusus di kawasan Petaling Jaya.

“Pelbagai aktiviti dan acara disediakan antaranya Program Waste To Money dan pameran berkaitan kitar semula seperti Galeri Tong Sampah serta Galeri Kreatif Kanak-Kanak F&N,” katanya.

Tambah Sharipah Marhaini, sebanyak 1,000 anak pokok percuma akan diberikan sempena Ulang Tahun ke-16 MBPJ pada 10 Jun depan.

“Sebanyak 35 acara diadakan termasuk Larian Bandaraya PJ, pemberian baja kompos percuma, pameran pendidikan, kesihatan dan jualan makanan,” katanya.


Pengarang :