Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen di sekitar Pangsapuri Angsana, USJ 1. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
PBTSELANGOR

MBSJ keluar tujuh notis tawaran kompaun, tahan 13 pendatang asing tanpa izin

SHAH ALAM, 17 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan tujuh notis tawaran kompaun pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen di sekitar Pangsapuri Angsana, USJ 1 pada Rabu lalu.

Menurut Timbalan pengarah jabatan korporat dan pengurusan korporatnya antara kesalahan dilakukan ialah berniaga tanpa lesen dan meletakkan barang di tempat awam.

Azfarizal Abdul Rashid berkata pemeriksaan yang dilakukan ke atas 32 premis turut mendapati ada peniaga menjalankan operasi tanpa lesen sah.

“Selain itu, seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dilokasi kerana tidak mempunyai dokumen permit perjalanan yang sah.

“Semua mereka disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen yang sah serta tinggal lebih masa di atas pelbagai pas,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, pemantauan berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan.


Pengarang :