Aksi beberapa peserta Klinik Asas Bola Sepak di Stadium MBPJ pada 16 Januari 2022. Foto Team Selangor
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPAJ anjur kejohanan bola sepak kanak-kanak di jelajah bantuan rakyat

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan pertandingan bola sepak bawah lapan tahun (B8) dan B10 di Padang Awam Taman Kosas Ampang Ahad ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT), kejohanan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Ampang Jaya diadakan sempena berlangsungnya Jelajah Iltizam Selangor Penyayang peringkat daerah Hulu Langat.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta piala dan medal, naib juara (RM300 dan medal) manakala ketiga bersama (RM150 dan medal).

Pasukan berminat boleh menghubungi 018-3904588 (Halim), 011-23145948 (Hanafy), 013-3370961 (Rusman), 018-3184932 (Ku Arifin) dan 019-2077721 (jurulatih Ali) dengan yuran penyertaan RM100 setiap pasukan.

MPAJ turut mengadakan pertandingan mewarna khusus untuk kanak-kanak membabitkan kategori lima hingga lapan tahun dan sembilan hingga 12 tahun.

Berdasarkan poster dikongsikan, pertandingan bermula 9.30 pagi di lokasi sama terhad kepada 150 peserta dengan bayaran penyertaan RM10.

Tempat pertama bagi setiap kategori akan memperoleh wang tunai RM100, kedua (RM70), ketiga (RM50) dan keempat hingga 10 hamper bernilai RM30.

Individu berminat boleh mendaftar dengan menghubungi 019-2214069 (Az) dan 018-2934081 (Aiman).

Pelbagai aktiviti menarik lain disediakan khusus sempena jelajah berkenaan dari jam 8 pagi hingga 6 petang antaranya gerai jualan, kendera saji, pameran dan e-sukan.

Jelajah Iltizam Selangor Penyayang yang membuka tirai di daerah berkenaan bertujuan mempromosi pelbagai inisiatif kebajikan rakyat dengan penyertaan 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan membabitkan peruntukan RM350 juta ini menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.


Pengarang :