Kontraktor giat melupuskan sisa banjir di stesen pemindahan sementara Seksyen 21, Shah Alam pada 5 Januari 2022. Proses pemindahan ke tapak pelupusan selesai sepenuhnya kelmarin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKj sedia bantu pemilik lupus kereta lama, terbiar

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan perkhidmatan untuk melupus kenderaan lama dan usang kepada orang ramai.

Menurut MPKj bagi membolehkan mereka berbuat demikian pemilik perlu membatalkan hak milik kenderaan terbabit di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pemilik yang sudah membatalkan hak milik kenderaan boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKj bagi urusan pelupusan kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Pihak  berkuasa tempatan itu memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan boleh dihubungi di talian 03 87377899 sambungan 2008, 2002 dan 2016.


Pengarang :