Kakitangan Majlis Perbandaran Kajang merampas barang pemilik rumah yang gagal membayar cukai taksiran. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj sita kediaman gagal bayar cukai taksiran

SHAH ALAM, 9 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjalankan operasi menyita lapan kediaman di Bandar Rinching, Semenyih akibat gagal membayar cukai taksiran.

Menurut MPKj operasi yang dijalankan pada Selasa lalu itu membabitkan 19 anggota daripada Bahagian Hasil dan Jabatan Penguatkuasaan.

“Sebuah rumah ditampal Notis H kerana pemiliknya tiada di rumah dan empat pemilik rumah membuat bayaran di lokasi sitaan.

“Operasi diadakan mulai jam 9 pagi hingga 1.30 tengah hari,” katanya di Facebook.

MPKj berkata kesemua pemilik premis kediaman ini telah membuat permohonan ansuran bayaran cukai taksiran dari tahun 2011 dan hasil semakan mendapati tiada bayaran diterima menyebabkan operasi sitaan terpaksa dilakukan.


Pengarang :