Yang Dipertua MPS Mohd Yazid Sairi (kiri) ketika merasmikan Karnival Garden 8 di Garden 8, Taman Perwira Gombak pada 11 Jun 2022. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

MPS, komuniti Garden 8 anjur karnival galak orang ramai minat berkebun

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama komuniti Garden 8 julung kali menganjurkan Karnival Garden 8 di Garden 8, Taman Perwira Gombak Sabtu lalu.

MPS berkata program itu turut mendapat kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agrobank.

Keadaan kebun di Garden 8, Taman Perwira Gombak. Foto Facebook MPS

Ketua komuniti Kebun Komuniti Garden 8, Iqmal Fajri Danial berkata karnival itu bertujuan menggalakkan penduduk setempat berkebun.

“Selain itu menggalakkan penduduk mengamalkan kehidupan lestari serta menyemai minat dan ilmu kepada kanak-kanak dan remaja dalam bidang pertanian” katanya menerusi Facebook MPS.

Turut diadakan pada karnival itu adalah demonstrasi masakan, ceramah pengurusan pertanian dan jualan hasil tanaman serta makanan.


Pengarang :