Ketua komunikasi korporat Air Selangor, Elina Baseri (tengah) pada majlis pelancaran episod keempat Boboiboy Air di Kuala Lumpur, semalam. Foto Facebook Animonsta Studios
AGENDAAGENSISELANGOR

Nabil Ahmad, Aisyah Sinclair ceriakan segmen HydroSquad Air Selangor

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Aisyah Sinclair menjadi pilihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk ditampilkan dalam segmen HydroSquad.

Menurut Ketua komunikasi korporat Air Selangor segmen HydroSquad turut menampilkan pempengaruh media sosial Arwind Kumar yang terkenal sebagai Mak-Cik Roastmah.

Nabil Ahmad dan Arwind Kumar yang terkenal sebagai Mak-Cik Roastmah. Foto Facebook Air Selangor

“Segmen ini ditayang di laman Facebook dan Instagram rasmi Air Selangor sejak tahun lalu. Setakat ini enam episod sudah menemui penonton.

“Dalam segmen ini, selebriti akan membincangkan pelbagai topik mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.

“Air Selangor akan meneruskan pelbagai program kesedaran supaya sumber air kekal terpelihara,” kata Elina Baseri.

Beliau ditemui pada pelancaran episod keempat Boboiboy Air hasil kerjasama dengan Animonsta Studios di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley Megamall semalam.

Episod kali ini yang bertemakan Selamatkan Sungai Kita bakal menemui penonton mulai esok di laman sesawang dan YouTube Air Selangor.

Sejak Jun tahun lalu, Air Selangor menerbitkan tiga episod BoboiBoy iaitu Misi Khas BoboiBoy Air, Sertai Misi Khas BoboiBoy Air Sekarang dan Manfaat Air Hujan yang memperoleh lebih daripada 7.7 juta tontonan.


Pengarang :