Pantai Bagan Lalang di Sepang menjadi tumpuan ramai untuk beriadah selain pengunjung boleh berjalan ke tengah laut untuk melihat anak ketam berkeliaran atas pasir. Foto ihsan Tourism Selangor
AGENSISELANGOR

Pameran, jualan produk pertanian di Bagan Lalang, Sepang esok hingga Isnin ini

SHAH ALAM, 3 JUN: Jabatan Pertanian Daerah Sepang menganjurkan Selangor Agro Green selama tiga hari mulai esok hingga Isnin ini di Dataran Pantai Bagan Lalang.

Antara acara yang diadakan adalah Pertandingan Inovasi Hasilan Buah Naga atau Pitaya pada Ahad ini bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

“Pertandingan ini adalah percuma dan dibuka kepada warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas.

“Menu masakan perlulah berasaskan buah naga atau pitaya sebagai bahan utama masakan dan peserta diberi masa 10 minit untuk menghias serta menghidang.

Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan ini boleh mengisi borang yang disediakan dengan mengimbas kod QR di poster dan tarikh tutup penyertaan adalah esok,” katanya.

Selain itu, turut diadakan pameran oleh jabatan dan agensi terbabit turut diadakan, selain jualan produk serta buah segar.


Pengarang :