Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pada sidang media mengenai pengurusan warga asing yang telah tamat pas lawatan sosial (PLS) di pejabatnya pada 21 April 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pasukan khas diwujud proses pasport dalam talian di Lembah Klang

PUTRAJAYA, 10 JUN: Pasukan khas yang terdiri daripada pegawai imigresen akan diwujudkan bagi memproses dan meluluskan permohonan pasport secara dalam talian di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata langkah itu antara penambahbaikan yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Beliau berkata pasukan itu akan ditempatkan di pejabat imigresen sekitar Lembah Klang minggu hadapan dan langkah mewujudkan pasukan seumpama itu susulan pelaksanaannya di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini menampakkan keberkesanan untuk mempercepatkan proses, sekali gus mengurangkan kesesakan di pejabat dan kaunter imigresen.

“Nampaknya ia berjaya dan formula itu (di Johor Bahru) akan digunakan untuk Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen ketika ini sedang mengumpulkan pegawai dari beberapa negeri untuk menganggotai pasukan itu bagi penempatan di Lembah Klang.

– BERNAMA


Pengarang :