BUDAYARENCANA

Pedagang firman

Tuhan sudah tidak perlu berbicara
kerana pedagang firman sudah menjadi lidah-Nya,

Tuhan sudah disenyapkan manusia
pencuri suara-Nya berdagang di pasar kata
kata dibungkus dusta
jadi mantera membeli dunia.

Dengan firman dagangan
sang penguasa mengukuhkan kota
menaikkan tembok antara murba
membenamkan ihsan dan keadilan
mentalkinkan rahmah dan kejujuran
pedagang firman menetapkan harga siling
ayat syurga dilelong si maling.

 

Maszlee Malik


Pengarang :