Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Ole-Ole, Seksyen 18 pada Sabtu ini

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ akan beroperasi di Pusat Beli-Belah Ole-Ole di Seksyen 18 di sini, pada Sabtu ini.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA pejabat bergerak itu akan dibuka mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di pekarangan tempat letak kereta pusat beli-belah berkenaan.

“Perkhidmatan ‘Shah Alam On Wheels’ menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya

“MBSA berharap ia dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan sedia ada untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

‘Shah Alam On Wheels’ adalah kemudahan yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.


Pengarang :