Yang Dipertuan Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap ketika Program Santai Bual Bicara Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis laksana pelbagai program santuni golongan kurang berkemampuan

KUALA LANGAT, 25 JUN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) giat menyantuni golongan wanita terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Yang dipertuanya berkata pelbagai program dan bantuan dianjurkan setiap tahun melibatkan kira-kira 45 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Datin Seri Masdiana Muhamad, bagi setiap perayaan, pihaknya memperuntukan sejumlah RM196,000 seluruh Selangor dalam membantu golongan B40 dan menganjurkan program ‘Back to School’ dengan memperuntuk RM245,000.

“Bukan itu sahaja menerusi program ziarah medik kita peruntuk RM208,000 iaitu setiap penerima mendapat RM250 serta membawa jururawat untuk memeriksa tahap kesihatan penerima.

Yang Dipertuan Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap ketika Program Santai Bual Bicara Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Malah, bagi program keagamaan dan kerohanian yang dianjurkan termasuk di kediaman Dato’ Menteri Besar, kita memperuntuk RM77,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Pekawanis bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Selangor di Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib di sini hari ini.

Masdiana yang juga penaung Puspanita memaklumkan setiap bantuan diberikan itu adalah tanggungjawab dan keprihatinan dalam membantu masyarakat memerlukan bantuan.

“Semua bantuan ini terus diagihkan kepada penerima dan diharap dapat mengurangkan beban penerima,” katanya.


Pengarang :