Foto Facebook PINS – Pusat Informasi Negeri Selangor
AGENDA NASIONAL

Pelawak Hamid Gurkha meninggal dunia

SHAH ALAM, 14 JUN: Pelawak, Hamid Gurkha meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi jam 2.19 petang tadi.

Anak bongsunya, Nor Ashita Hamid berkata keluarga reda pemergian Allahyarham yang turut mengalami beberapa komplikasi lain selepas enam hari dimasukkan ke hospital, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, jenazah Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 90, masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

“Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan. Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya.

Hamid Gurkha mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 dan mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Mereka juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.


Pengarang :