Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis makan malam muhibbah Kuala Langat di Dewan Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemimpin setia, hargai mandat rakyat punca pentadbiran Selangor stabil

KUALA LANGAT, 26 JUN: Selangor masih kekal diperintah Pakatan Harapan (HARAPAN) berikutan majoriti pemimpinnya tahu mandat dan tanggungjawab diberikan rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berkata warisan itu dikekalkan dan terus mentadbir walaupun pelbagai isu termasuk Langkah Sheraton.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ramai mengatakan 22 bulan ketika pemerintahan tidak mampu berbuat apa-apa, namun ia bukan masa yang adil untuk dinilai.

“Saya masih ingat ketika menang pada 2008, 22 bulan amat memeritkan daripada isu lembu, tukar sport rim, buka ladang babi semuanya dihempuk dengan pentadbiran tetapi kerana tiada lompat parti warisan dapat dikekalkan.

“Majoriti 90 peratus tahu mandat dan tanggungjawab. Sebab itu kalau UMNO mengatakan bawa kestabilan dan kemakmuran, di Selangor tidak boleh berhujah begitu dan kekal dengan HARAPAN kerana pimpinan tak curang serta kekal teguh dengan perjuangan,” katanya.

Beliau berucap dalam Ceramah Jelajah Harapan Rakyat sempena Program Jelajah Harapan Selangor di Dataran Pantai Morib di sini semalam.

Terdahulu, Amirudin hadir ke majlis Makan Malam Muhibbah Jelajah Harapan Selangor di Dewan Telok Panglima Garang.


Pengarang :