Adun Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal Mazwan Johar ketika menyerahkan kad Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) kepada penerima di Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan pada 8 April 2019. Foto Facebook Mazwan Johar
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk DUN Sungai Ramal dipelawa daftar skim iltizam sihat

SHAH ALAM, 24 JUN: Pendaftaran skim Iltizam Selangor Sihat (ISS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal kini dibuka sehingga 22 Julai depan.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata orang ramai boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan.

Jelasnya, pemohon juga boleh memuat turun borang menerusi https://drive.google.com/file/d/1OSehDNzhKQkfi3gPc3UIWRnbuTBzfQph/view?usp=sharing

Pemohon boleh membuat semakan kelayakan terkini skim dengan melayari portal rasmi Peduli Sihat Selangor https://pedulisihat.com/

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Ramal di talian 03-89289738 atau menghantar Whatsapp di 011-56875648.

Skim Iltizam Selangor Sihat dijenamakan semula daripada Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dengan memperuntuk sejumlah RM55.5 juta.

Menyasarkan 100,000 penerima, skim ini ditambah baik beberapa perkara termasuk aspek syarat kelayakan, jenis manfaat dan tempoh sah laku kad.

Ahli ISS yang layak boleh menuntut manfaat berjumlah RM6,000 iaitu RM5,000 bagi khairat kematian serta RM1,000 bagi kos pengebumian.


Pengarang :