AGENDANASIONAL

Pengguna merungut rangkaian Maxis alami gangguan teknikal

SHAH ALAM, 30 JUN: Rangkaian Maxis mengalami isu teknikal yang menjejaskan pelanggannya hari ini.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata mereka maklum dengan gangguan dialami pengguna dan sedang berusaha menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

“Kami kini sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

“Terima kasih kepada pelanggan kami kerana sabar dan memahami dan kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada Berita Harian.

Semakan di laman Fecebook rasmi Maxis mendapati, pengguna bertanya mengenai isu rangkaian syarikat itu, terutama membabitkan data internet.

Dalam perkembangan terkini, Maxis memaklumkan gangguan tersebut sedang beransur baik dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.


Pengarang :