Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Mahmud Abbas (belakang, empat dari kiri) bersama pemilik kediaman pada majlis serah kunci 864 unit Residensi Idaman Selangorku di Selangor Cyber Valley pada 7 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

PKNS anjur pameran hartanah di Sunway Velocity Mall mulai esok hingga Ahad

SHAH ALAM, 15 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan jerayawara (roadshow) pameran hartanah selama empat hari mulai esok hingga Ahad ini.

Menurut PKNS jerayawara yang berlangsung di pusat beli-belah Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkenaan hartanah impian anda di Pamerah Hartanah PKNS.

“Diskaun dan promosi menarik menanti anda,” katanya di Facebook.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi perunding hartanah PKNS di talian 03-5502 0188 atau layari laman sesawang www.pkns.gov.my untuk maklumat lanjut.


Pengarang :