Selangorkini
Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor, Huzairi Ibrahim menyerahkan bantuan kepada seorang asnaf di Tanjung Karang pada 19 Mac 2021. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENDA NASIONAL

PM: Isi rumah dapat RM100, orang bujang terima RM50 Isnin ini

SHAH ALAM, 22 JUN: Seramai 8.6 juta golongan berpendapatan rendah (B40) bakal menerima bantuan tunai tambahan membabitkan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan RM100 bagi isi rumah dan RM50 kepada individu bujang itu akan dibayar Isnin ini.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 atau Isnin ini.

“Ia dibuat bersama bayaran fasa kedua Bantuan Keluarga Malaysia (BKM),” katanya pada sidang media khas hari ini.

Katanya, BKM tambahan itu diharap mampu meringankan golongan B40 ketika sambutan Aidiladha.

Ismail Sabri berkata, penerima boleh menyemak status bayaran mengikut kelayakan masing-masing di https://bkm.hasil.gov.my.


Pengarang :