Orang ramai membeli barangan keperluan asas menerusi program Jualan Prihatin Rakyat anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Taman Jenaris, Kajang pada 17 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program jualan murah di Kampung Bukit Naga, Shah Alam hari ini

SHAH ALAM, 18 JUN: Orang ramai dipelawa menghadiri program Jelajah Jualan Ehsan yang menawarkan barangan asas segar dengan harga murah berbanding pasaran di tapak parkir Masjid Al-Bakri, Kampung Bukit Naga hari ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari menjual pelbagai barangan antaranya ayam, ikan, daging, buah dan sayuran.

Jualan tersebut menawarkan ayam potong pada harga RM10 per 800 gram atau RM25 (dua kilo), daging/tulang segar (RM33 perkilogram), telur ayam gred B (RM12 sepapan) dan ikan kembung/selayang (RM8 perkilogram).

Pada 19 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Program Intervensi Ehsan berjaya memanfaatkan seramai 60,000 keluarga sejak dilaksana Disember tahun lalu di lebih 50 lokasi negeri ini.

Inisiatif berkonsepkan Jualan Prihatin Rakyat bertujuan meringankan beban serta memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan segar seperti ayam, ikan, daging, telur dan sayur-sayuran secukupnya.

Selain itu, jumlah ayam untuk jualan murah turut ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari bermula Mei susulan permintaan tinggi di Selangor.


Pengarang :