AGENSISELANGOR

Pusing Selangor Dulu Travel Hunt tawar hadiah lebih RM10,000

SHAH ALAM, 14 JUN: Hadiah RM10,450 menanti 20 pemenang dalam pertandingan Pusing Selangor Dulu Travel Hunt 2022 edisi Hulu Langat yang akan diadakan pada 25 Jun depan.

Tourism Selangor memaklumkan pertandingan membabitkan empat orang bagi satu kumpulan itu masih dibuka dengan harga pendaftaran RM200 bagi setiap kumpulan.

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian di https://drive.google.com/file/d/113oo5EzoHNiPMCOI9ru3wx0uxDFIOYOu/view dengan bayaran penuh perlu dibuat tujuh hari sebelum pertandingan iaitu 18 Jun ini.

Pertandingan terbuka kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas dan peserta mestilah menerima dua suntikan vaksinasi Covid-19.

Masa perlumbaan adalah selama enam jam bermula pada jam 8 pagi dengan pertandingan akan dimulakan di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.

Hadiah RM3,000 menanti tempat pertama, kedua (RM2,000), ketiga (1,000), keempat (RM700), kelima (RM500) keenam hingga ke-10 (RM250) dan ke-11 hingga ke-20 (RM200).

Tourism Selangor memaklumkan semua peserta akan dilindungi dengan skim insurans berkelompok sepanjang pertandingan berlangsung.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 012-2878787 / 018-2878787 atau emel [email protected] .


Pengarang :