Acara senam aerobik ketika program Jelajah Selangor Penyayang di Padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rakam video kreatif di Jelajah Selangor Penyayang dan menangi iPhone

SHAH ALAM, 24 JUN: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah telefon bimbit iPhone 13 Pro Max dengan menyertai peraduan video paling kreatif di program Jelajah Selangor Penyayang.

Pengunjung yang hadir karnival bertempat di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat perlu merakam video menarik di sekitar program dan memuat naik ke laman sosial bermula esok hingga 27 Jun.

Peserta perlu mengikut cara penyertaan mudah dengan memuat naik video ‘Reels’ di Instagram dan Tiktok dengan tanda pagar #JelajahSelangorPenyayang dan #KitaSelangor.

Peserta juga mesti mengikuti akaun Instagram Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi @amirudinshari, @selangorpenyayang, @mediaselangor dan Tiktok @amirudinshari.

Pelbagai acara diatur dalam program bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang antaranya persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta, menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.


Pengarang :