Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman bercakap kepada media selepas sesi pendengaran awam penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 1 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rasuah urus jenazah, JKNS tunggu hasil siasatan SPRM sebelum bertindak

SHAH ALAM, 1 JUN: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum mengambil sebarang tindakan susulan kakitangannya dikaitkan dengan rasuah urus jenazah.

Pengarahnya Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman berkata tindakan sama ada diberhentikan atau tidak dan apa jua bentuk hukuman lain bergantung kepada hasil siasatan itu nanti.

“Kita ada enam pegawai yang ditahan SPRM dan akan lihat langkah selanjutnya akan diambil suruhanjaya itu.

“Sebaik SPRM maklum, bawa ke mahkmah dan ada keputusan. Kita akan tentukan nanti (tindakan). Setakat ini mereka masih ditahan,” katanya pada sidang media selepas Town Hall Meeting (THM) HFMD peringkat Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini.

Semalam BH Online melaporkan empat lagi individu termasuk dua penolong pegawai perubatan ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah antara RM1,000 hingga RM4,000 setiap seorang bagi urusan berkaitan kerja pengurusan jenazah.

Kesemua suspek lelaki yang berkhidmat di salah sebuah hospital di negeri ini dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.


Pengarang :