AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan diramal landa Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 11 JUN: Seluruh daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan tersebut turut diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Kelantan, daerah yang terlibat ialah Kuala Krai dan Gua Musang, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) manakala Johor membabitkan daerah Tangkak, Segamat dan Muar.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :