AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 11 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga 1 pagi.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan selain Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron) turut mengalami amaran sama.

Selain itu, amaran sama turut diramal di Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :