AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Sepang dijangka mengalami hujan lebat hingga jam 10 pagi

SHAH ALAM, 23 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal melanda Sabak Bernam dan Sepang hingga jam 10 pagi ini.

MetMalaysia berkata amaran turut membabitkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Langkawi, Kedah; Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak; seluruh Melaka; Tangkak dan Muar di Johor serta Julau, Kanowit dan Song di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :