PBTSELANGOR

Sambutan Hari Klang Tanpa Kenderaan pertama kali diadakan Ahad ini

SHAH ALAM, 17 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempelawa orang ramai memeriahkan sambutan Hari Klang Tanpa Kenderaan pada Ahad ini.

Yang Dipertua Noraini Roslan berkata buat pertama kalinya MPK menganjurkan program ini dan diadakan di Padang Laman Seni Safari bermula jam 7 hingga 9.30 pagi.

“Sepanjang 2.4 kilometer jalan akan ditutup bermula dari Jalan Stesen ke Jalan Istana. Ini adalah sebahagian komitmen dalam mengurangkan pelepasan karbon dan penjagaan alam sekitar.

“Selain itu, orang ramai dapat meluangkan masa bersama keluarga di samping berpeluang melihat kegiatan ekonomi masyarakat Klang dan perpaduan,” katanya kepada SelangorKini.

Tambahnya, antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan berkelah dan mewarna untuk kanak-kanak serta senaman ringan.


Pengarang :