Petugas kesihatan mengambil darah peserta progam Selangor Saring di Hotel Grand Sabak, Sabak Bernam pada 28 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Saringan kesihatan percuma diteruskan di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor

SHAH ALAM, 9 JUN: Program Selangor Saring akan berlangsung di daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor pada hujung minggu ini.

Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri bermula 9 pagi hingga 5 petang itu diadakan di Padang Taman Kosas Ampang pada Sabtu untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa.

Manakala keesokannya di Dewan Wawasan Kampung Medan (DUN Sijangkang) serta Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya (DUN Sungai Burong dan Permatang).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk terutama mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Seramai 3,215 individu sudah menjalani saringan kesihatan percuma sejak dianjurkan pada 22 Mei lalu.


Pengarang :