Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti secara percuma di Dewan Serbaguna MPAJ, Ampang pada 28 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selgate, Magna jalin usahasama khidmat urus alat bioperubatan

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Selgate Healthcare Sdn Bhd memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Magna Meditech Sdn Bhd untuk kerjasama jangka panjang bagi meninjau peluang dalam ekosistem perkhidmatan sokongan hospital iaitu perkhidmatan pengurusan peralatan bioperubatan.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Selgate dan Magna berkata JV itu, Selcare Meditech Sdn Bhd, melibatkan penubuhan kumpulan perniagaan pusat untuk perancangan peralatan bioperubatan, perkhidmatan pembekalan dan penyelenggaraan untuk semua hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan.

Pengarah Eksekutif Selgate Healthcare Noor Hisham Mohd Ghouth berkata syarikat menyasarkan sebagai antara penggiat utama dalam industri penjagaan kesihatan di Selangor, justeru, misinya untuk membina lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan di Selangor, terutamanya di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan dari segi akses dan kemampuan.

“Kami cuba untuk mengisi kekosongan dalam pasaran ini dengan menyediakan penjagaan berkualiti yang berpatutan.

“Kami percaya kami dapat memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran Magna Meditech untuk menyediakan perkhidmatan dan rundingan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Pengarah Urusan Kumpulan Magna Meditech Divesh N Sheth berkata syarikat akan membantu dari segi rundingan dan perancangan, pembekalan dan pemasangan, pengurusan aset dan penyediaan perkhidmatan sokongan hospital serta membangunkan rantaian nilai penjagaan kesihatan baharu dan perkhidmatan yang berkaitan untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia.

– BERNAMA


Pengarang :