MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1 pagi esok

SHAH ALAM, 18 JUN: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 1 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama bagi seluruh Negeri Sembilan, Melaka; Tangkak dan Segamat di Johor; Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang di Kedah; Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Bentong dan Bera di Pahang serta Kapit, Bukit Mabong dan Belaga di Sarawak.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :