Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sistem bekalan ditambah baik esok, penduduk 47 kawasan disaran simpan air

SHAH ALAM, 20 JUN: Kerja penambahbaikan sistem bekalan air akan dilaksana di kolam air Bukit Dengkil, esok, sebagai salah satu usaha kesejahteraan pengguna pada masa depan.

Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) memaklumkan kerja penambahbaikan itu mengambil masa 24 jam, mulai jam 9 pagi esok dan pengguna di 47 kawasan terlibat disaran menyimpan bekalan air secukupnya.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi, pada 22 Jun. Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” maklum Air Selangor.

Jelas Air Selangor, kerja naik taraf demi keselesaan pengguna itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).


Pengarang :