Foto dikongsikan Facebook Selangor Royal Office menunjukkan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bermesra bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dalam sebuah majlis rasmi. Turut kelihatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan, Tengku Permaisuri merafak sembah sempena Hari Keputeraan Agong

SHAH ALAM, 6 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor merafak sembah dan ucapan selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM) sempena Hari Keputeraan Baginda hari ini.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin turut mendoakan kesejahteraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan melanjutkan usia Tuanku dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Daulat Tuanku,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar menerusi Facebook turut merafak sembah kepada Al-Sultan Abdullah dan mendoakan Baginda dilanjutkan usia serta dilimpahi keberkatan.

“Doa dipanjat ke hadrat Allah SWT agar KDYMM Seri Paduka Baginda serta Raja Permaisuri Agong sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan kerajaan persekutuan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.

“Sembah takzim daripada Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat Selangor Darul Ehsan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :