Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa satu sedia untuk beroperasi dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu yang akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang pada 16 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tambang percuma MRT, LRT selama sebulan mulai hari ini

SHAH ALAM, 16 JUN: Semua pengangkutan awam kendalian RapidKL ditawarkan secara percuma selama sebulan bermula hari ini, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkhidmatan meliputi Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan bas RapidKL dibuat sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya fasa satu, lapor Berita Harian.

“MRT Laluan Putrajaya yang dibangunkan dalam dua fasa menyediakan perkhidmatan kepada lebih kurang dua juta penduduk di koridor dari Kwasa Damansara ke Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan.

“Kemudahan ini membolehkan pengguna menikmati pertukaran perkhidmatan yang lancar ke laluan Kajang membabitkan platform aras sama di stesen Kwasa Damansara,” katanya.

Bas pengantara dan Go-KL juga disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Laluan itu pada awalnya dijadualkan beroperasi Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan ke pertengahan November sebelum berdepan kelewatan sekali lagi.

Selepas siap sepenuhnya, MRT laluan Putrajaya akan meliputi jajaran sepanjang 57.7 kilometer dengan 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.


Pengarang :