Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan majlis perasmian pusat dialisis Avisena di Hotel Concorde, Shah Alam pada 22 Jun 2022. Turut bersama Pengarah Eksekutif Avisena Renal Care, Dr Rashidi Saidin (kanan) Pengerusi Bukan Eksekutif Avisena Helthcare yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri). Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Avisena Renal Care

SHAH ALAM, 22 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan pusat penjagaan kesihatan buah pinggang, Avisena Renal Care di Hotel Concorde di sini.

Keberangkatan Tengku Permaisuri Norashikin disambut Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Avisena Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Perunding Nefrologi Avisena Renal Care Dr Rashidi Saidin.

Terdahulu, Baginda turut berkenan meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Pusat Dialisis Avisena Shah Alam di Hospital Pakar Avisena.

Dalam majlis perasmian itu, Tengku Permaisuri Selangor menyerahkan cek sumbangan RM10,000 masing-masing kepada dua pesakit buah pinggang berumur 17 dan 70 tahun tajaan Avisena Renal Care.

Avisena Renal Care merangkumi hemodialisis, rawatan dialisis peritoneal, kaunseling rawatan pra-dialisis dan perkhidmatan dietetik.

Setakat ini, terdapat tiga pusat dialisis di bawah Avisena Renal Care iaitu di Shah Alam, Setia Alam dan Seri Kembangan.

Avisena Renal Care mensasarkan penubuhan 10 cawangan dengan jumlah kapasiti 170 kerusi dialisis dan menampung 1,000 pesakit dalam tempoh lima tahun.


Pengarang :