Mufti Selangor, Dato’ Dr Anhar Opir (tiga, kiri) dan Pengerusi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) Dato’ Ibrahim Md Yusof (dua, kiri) bersama penerima dividen dan zakat perniagaan dalam majlis ramah mesra bersama rakan strategik Teras pada 14 Jun 2022. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Teras serah bayaran dividen, zakat perniagaan lebih RM300,000

SHAH ALAM, 14 JUN: Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) hari ini menyerahkan bayaran dividen kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berjumlah RM192,186.

Bayaran dividen itu disampaikan oleh Pengerusi Teras Dato’ Ibrahim Md Yusof kepada Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir mewakili Mais pada majlis ramah mesra bersama rakan strategik Teras.

Dalam majlis itu, Teras turut menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu masing-masing sebanyak RM50,000.

Ketika berucap, Ibrahim berkata Teras terus mengorak langkah untuk membantu golongan asnaf terutama ketika pandemik Covid-19.

“Kita menggunakan kepakaran dan peluang diberikan sebaik mungkin untuk menjana keuntungan sekali gus berupaya membayar zakat serta dividen kepada beberapa agensi.

“Keuntungan yang diperoleh disalurkan semula kepada agensi berkaitan untuk manfaat golongan memerlukan,” katanya.


Pengarang :