Haslina Usman, anak Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang ketika program Hati dan Minda Sasterawan di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 6 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tetap hala tuju jelas kekalkan jati diri generasi muda

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kerajaan perlu menetapkan hala tuju yang jelas dalam memastikan generasi muda tidak hilang jati diri di bawa arus kemodenan.

Anak Sasterawan Negara Datuk Usman Awang, Haslina berkata penekanan nilai murni itu perlu diterapkan kerajaan bermula dari peringkat awal khususnya di sekolah.

“Amat penting kerajaan bawa hala tuju itu untuk masyarakat kerana kalau kita hanya meminta sekolah, perpustakaan dan ibu bapa sahaja untuk bimbing ia tidak cukup.

“Pelajaran di sekolah itu penting, pemerintah ada satu hala tuju yang betul mengiringi generasi baru ke jalan sepatutnya untuk pupuk nilai murni untuk bangsa dan tamadun,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada program Hati dan Minda Sasterawan di Pavilion Selangor di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

Pavilion Selangor menerusi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 menampilkan sasterawan untuk membincangkan pelbagai topik yang dekat dengan hati masyarakat.

Program Hati dan Minda Sasterawan menampilkan beberapa sasterawan antaranya Prof Emeritus Dr Muhamad Haji Saleh, Fadli Al-Akiti serta Helmy Samad yang merupakan anak Datuk Seri A Samad Said.


Pengarang :