AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 2 petang

SHAH ALAM, 20 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh daerah di Selangor sehingga 2 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Situasi sama diramal di seluruh Kuala Lumpur serta Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :